Friday, September 11, 2009

Dugaan Hidup + Balasan Hidup = Tuhan Menguji Kita!!!

Dugaan Hidup + Balasan Hidup = Tuhan Menguji Kita!!!
Hari-hari lemah dan letih. Kadang-kadang mood pon x de nak keluar berjalan. Raya makin dekat, namun satu persiapan pun masih belum disediakan. Remaja lain sibuk keluar berjalan-jalan bersama rakan membeli barangan raya, namun aku hanya duduk dirumah ngadap lappy je. Keluar bersama rakan pun malas, bercakap pun tak nak. Aduhhhhh…. Apa harus ku lakukan? Jiwa semakin meraung, pemikiran semakin kusut, otak makin serabut, tenaga kian menyusut, keindahan kini merusut, ketenangan makin lusuh. Ya Allah apakah ini DUGAAN HIDUP ataupun BALASAN HIDUP ku di dunia ini? Andai di dunia beginilah balasannya maka tak tahulah bagaimana keadaan di Akhirat sana. Hari-hari aku semakin mengeluh. “Bila nak sihat ni?” itulah keluhan ku. Aku meluahkan masalah ku kepada seorang temanku. Aku mengatakan bahawa “saya bosan dengan kehidupan saya, saya dah tak larat”. Kemudian dia memberitahu :
“Dalam dunia ini semua orang kena uji, ada yang kene uji dengan kemiskinan,kesedihan & kesakitan. Sebab Allah sayang awak la,awak di uji. Awak beruntung Allah tak lupa awak, sebab tu dia uji. Sedangkan berapa ramai lagi yang terleka kat luar sana. Awak perlu bersyukur sikit, sebab awak tak buat perkara maksiat atau sia-sia bile sakit. Awak tak boleh putus asa. Awak kena kuat semangat. Sebagaimana maksud nama awak ‘ Hamba Yang Terpelihara ’. Percayalah Allah pelihara awak. Cuma dalam keadaan sakit…”
Itulah mesej daripada sahabatku,Seharum Kasih Abadi. Memang benar kadang kala kita leka dengan kehidupan kita. Ujian datang dari Allah bukan semata-mata untuk menguji kita, malah Allah juga sayangkan kita.
~~ Peace 4 da Attitude,Reliabe & Ambitious ~~
{--- Mr.ARA ---}

1 comment:

  1. SALAM..UIKS lme ko m'hilang huhuhu ryndu r nak sembang2 ngan korang kat room..adoyaii sibuk memanjang..

    ReplyDelete